PRU 14 : BERTEMU JENTERA PILIHANRAYA DI PDM SIMUNUL


Alhamdulillah gerak kerja Pilihanraya ke 14 khususnya di Semporna terus diperkukuhkan kekuatan jentera dan gerak kerja parti bagi memenangkan BN di Parlimen Semporna.

Semalam sepertimana pertemuan yang lain, saya telah berkunjung dan melawat PDM Simunul di dalam Parlimen Semporna.

Bilangan pengundi berdaftar di PDM Simunul ini berjumlah 6400 orang. Kehadiran hampir 600 petugas dan sukarelawan Pilihanraya di PDM Simunul ini semalam cukup mengujakan . Mereka terdiri daripada AJK PDM , Ketua-Ketua Kampung , Ketua-Ketua Cawangan , Ketua Sayap Wanita Puteri dan Pemuda , Ketua-Ketua Anak Negeri dan wakil Ketua Anak Negeri.
#TATAPBN


Comments