LAWATAN BERSEJARAH YAB DATUK SERI NAJIB RAZAK KE SEMPORNA DISAMBUT MERIAH


Alhamdulillah pada 9 APRIL 2018 bertempat di DATARAN REGATTA LEPA SEMPORNA kami seluruh penduduk di Semporna berasa amat bertuah apabila YAB DS Najib Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO telah sudi menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, Penyerahan Geran Tanah Native Title (NT), Geran Tanah melalui PANTAS dan Perisytiharan Pulau Bum-Bum sebagai Daerah Kecil.

Intipati majlis dan program yang padat lagi tersusun dan melibatkan kepentingan penduduk setempat disertai dengan kehadiran tetamu kehormat YAB Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan hampir 20 ribu penduduk tempatan hadir memberikan sokongan kepada penganjuran program penting ini.

Ketiga-tiga pengisytiharan yang telah disempurnakan pada hari ini adalah atas usaha dan inisiatif saya  YB. Datuk Ramlee Marahaban selaku  Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd merangkap ADUN N54 Bugaya, Timbalan Biro Penerangan UMNO Sabah, Ketua Penerangan UMNO Semporna dan menjalankan tugas Timbalan Ketua UMNO Bahagian P189 Semporna. dalam memperjuangkan perihal kebajikan dan kemajuan sosio ekonomi penduduk tempatan .





Comments