FOTO PROGRAM NELAYAN NASIONAL SEAWEED SPLASH DAN SEPAKAT KOMUNITI 1MALAYSIA


Program Gelombang Nelayan Nasional Seaweed Splash dan Sepakat Komuniti 1 Malaysia Semporna 2018 Yang Telah Disempurnakan Oleh YB. Datuk Ramlee Marahaban , Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah ,Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd ,Timbalan Biro Penerangan UMNO Sabah Merangkap ADUN N.54 Bugaya.

Penganjuran fiesta mega rumpai laut yang dikenali sebagai Seaweed Splash 2018 pada 30 Mac hingga 1 April ini di Semporna merupakan satu lagi usaha ke arah mempromosi potensi industri tersebut bagi faedah pengusaha dan masyarakat setempat secara keseluruhannya.
Seaweed Splash yang dianjurkan kementerian berkenaan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) bertujuan untuk mempromosikan industri rumpai laut di negeri berkenaan. Program bertujuan membantu meningkatkan permintaan dan pendapatan penternak serta membantu meningkatkan harga semasa rumpai laut  selain perluasan potensi pasaran tempatan dan juga eksport.

Sepakat Komuniti 1 Malaysia

Komuniti 1Malaysia adalah merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perantara Kerajaan dan rakyat dalam usaha menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar semasa Negara. Objektifnya ialah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus dan mengurangkan karenah birokrasi,menggalakkan keterlibatan ahli Komuniti 1Malaysia dalam menguruskan program bersama agensi Kerajaan, menjalinkan hubungan harmoni dan kerja sama antara Komuniti 1Malaysia di dalam sebuah daerah sejajar dengan 5 bidang utama.

Comments