PROGRAM ZIARAH KAMPUNG DI SEMPORNA


Alhamdulillah pada 16 MAC 2018 (Jumaat ) saya dan rombongan pimpinan semua peringkat Umno Bahagian Semporna telah mengadakan program ziarah dan melawat kampung lahat-lahat, Tanjung Kapor Semporna.

Ziarah ini bertujuan merapatkan lagi tali siratulrahim antara penduduk kampung di samping memberikan memberikan sedikit penerangan ke arah menanam semangat patriotisme Sayang Sabah dan kepada negara secara amnya.

Sebanyak 108 buah rumah telah kami kunjungi dan ianya merupakan satu lagi pendekatan mesra rakyat yang senantiasa Umno Semporna lakukan . Di dalam program ini juga kami telah menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada keluarga yang terlibat. Antara yang turut hadir menyertai program ziarah ini adalah  Pemangku Ketua Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Puan Hajah Latifah Hj Hindi, AJK-AJK UMNO Bahagian Semporna, Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Pergerakan Puteri UMNO Semporna, Ketua-Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Bugaya.








Comments