MERASMIKAN PROGRAM WACANA ILMU 'WANITA GEMILANG KELUARGA TERBILANG'.


Alhamdulillah pada 1 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Masyarakat Semporna saya telah dijemput untuk merasmikan  Program Wacana Ilmu 'Wanita Gemilang, Keluarga Terbilang' Daerah Semporna anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). 

Program NBOS ini merupakan anjuran bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ( JHEWA ) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Wanita Semporna dan Pejabat Daerah Semporna.

Program ini selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita ( TMW 2018 ) yang antara fokus dan cluster utamanya adalah Wanita dan Kesihatan, Wanita dan Keselamatan,Wanita dan Pendidikan, Wanita dan Ekonomi dan Wanita dan Budaya.

Fokus dan intipati teras utama ini tiada lain hanya mahu menumpukan kepada aspek pembangunan wanita secara holistik serta meningkatkan penglibatan wanita dalam peringkat yang tertinggi.

Peranan wanita dan tugasannya  merupakan aspek paling penting dalam pembentukan institusi keluarga dan masyarakat dan ianya telah dimuliakan dalam kitab Al Quran dalam surah An Nisa dan juga beberapa siri hadis dari junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Penglibatan wanita di Malaysia khasnya sudah mencapai tahap global bilamana ramai di kalangan mereka sedang dan pernah menduduki dan mengetuai sesebuah organisasi amat penting negara.

Turut hadir Ybhg Puan Hajjah Masnah Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Ybhg Datin Hajjah Sarimah Hj Busuran, Penaung Hal Ehwal Wanita Semporna, Tuan Hj. Ghulam Rasul Hj Hapil, Penolong Pegawai Daerah Semporna/Bahagian Pembangunan dan Dr. Rozieta Shaary, Pengarah Eksekutif Syarikat AL Advancement Of Human Potential selaku penceramah dalam program ini.

Comments