MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KERUSI UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI SEMPORNA


Alhamdulillah pada hari sabtu saya menghadiri majlis penyerahan bantuan kerusi untuk sekolah-sekolah menengah dan rendah di Semporna.

Sebanyak 50 buah sekolah sekitar daerah Semporna telah mendapat manafaat dengan sumbangan kerusi tambahan sebanyak 50 buah untuk setiap sekolah yang dimaksudkan.

Kerusi ini telah diterima bagi pihak sekolah oleh Pengetua , Guru Besar dan Pengerusi PIBG sekolah masing-masing. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Encik Said Paijo Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah beserta Pengetua, Guru Besar dan Pengerusi PIBG kesemua sekolah yang terlibat.



Comments