MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER BR1M DI SEMPORNA


Alhamdulillah pada 25 Mac 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Majlis Daerah Semporna saya telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 Kawasan DUN Bugaya Parlimen Semporna .

Turut hadir Tuan Hj Ghulam Rasul Hj Hapil, Penolong Pegawai Daerah Semporna Bahagian Pembangunan. Seramai 373 orang telah menerima baucer BR1M untuk kawasan DUN Bugaya pada hari ini. Semoga dengan bantuan ini dapat memberi manafaat kepada penerima yang terlibat.

Comments