BOLASEPAK PIALA YB DATUK RAMLEE MARAHABAN


Alhamdulillah pada hari ahad 11 mac 2018 saya berkesempatan untuk bersama anak muda  pasukan bolasepak tempatan untuk meraikan PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA SEPAK FULL TEAM PIALA YB DATUK RAMLEE MARAHABAN 2018 di Padang Bandar Semporna.

Semoga pertandingan begini dapat mencungkil bakat-bakat tempatan untuk pada satu hari nanti mampu mewakili pasukan negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebanyak 24 buah pasukan tempatan telah menyertai kejohanan ini. Tahniah kepada pasukan yang telah menjadi juara dan kepada pasukan lain teruskan lagi usaha.

Comments