TRANSFORMASI TERKINI SEMPORNA DI BAWAH KERAJAAN BN


KOTA KINABALU: Pemberian geran tanah dan transformasi Semporna menjadi 2 perkara paling utama buat Adun Bugaya Datuk Ramlee Marahaban.

Adun BN itu, yang menjalani penggal kedua khidmatnya sebagai wakil rakyat di kawasan pantai timur Sabah itu memenangi kerusi itu dengan 6,642 undi dalam pertandingan 6 penjuru. Beliau meninggalkan pencabarnya dengan majoriti 3,503 undi.

Ramlee memenangi penggal pertamanya pada pilihan raya 2008.

Beliau percaya isu geran tanah sangat penting di kawasannya kerana ramai peneroka berbudi pada tanah buat sekian lama tanpa geran.

“Saya sukacita kerajaan negeri meluluskan geran tanah bawah 2 konsep melibatkan lebih 10,000 ekar tanah,” katanya pada FMT.

“Bawah konsep pertama, kerajaan meluluskan geran komunal untuk kira-kira 6,000 ekar tanah. Konsep geran komunal bertujuan membasmi kemiskinan.

“Bawah konsep kedua, iaitu konsep Pantas, kerajaan meluluskan geran untuk 4,000 gekar tanah pribumi.”

Pantas merupakan singkatan untuk Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) Jabatan Tanah dan Ukur Sabah yang bertujuan mempercepatkan pemberian geran tanah pribumi yang menjadi sebahagian daripada hak pribumi.

Ramlee berkata terdapat 2 lagi fasa pemberian geran tanah melibatkan kira-kira 10,000 ekar tanah.

“Pada 9 Mac, kami akan memberikan hampir 500 geran,” katanya, dan menambah lebih banyak akan diberikan melalui Pantas, terutamanya di Pulau Bum Bum.

Bugaya terletak bawah Parlimen Semporna, yang menjadi kerusi Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.

Dua lagi kerusi DUN iaitu Senallang diwakili oleh Nasir Sakaran dari BN dan Sulabayan diwakili oleh Naib Presiden Warisan Jaujan Sambakong.

Shafie dan Jaujan bersaa Umno sebelum Sahfie meletakkan keahlian dan menubuhkan parti pembangkang, susulan rombakan Kabinet persekutuan pada 2015 yang menyaksikan beliau digugurkan dari jawatan menteri.

Ramlee bagaimanapun yakin peluang BN memenangi kerusi Parlimen Semporna serta semua 3 kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.

Ramlee berkata gabungan pemerintah mampu memenagi kerusi-kerusi itu walaupun mendapat tentangan hebat daripada Warisan, terutamanya di daerah-daerah pantai timur Sabah.

“Shafie Apdal sudah 5 penggal menjadi Ahli Parlimen Semporna dan bekas pemimpin Umno nasional, jadi dia terkenal. Bagaimanapun, politik di Semporna tidak berlegar sekitar beliau,” kata Ramlee.

“Kami tidak bimbang kerana kami percaya rakyat menerima perjuangan kami. Kami yakin persediaan kami cukup untuk memenangi keempat-empat kerusi di Semporna.”

Penolong menteri kewangan Sabah itu gembira dengan kadar pembangunan prasarana moden di kawasannya.

“Kami sudah menaiktaraf prasarana bekalan air dengan menggantikan paip dan tangki. Kami juga sedang membina sebuah kompleks sukan, yang diperlukan di daerah sebesar ini, untuk belia-belia kami aktif bersukan.”

Ramlee berkata kompleks kelas B itu dalam fasa pertama pembinaan dan akan memberi impak besar pada rakyat dan landskap pekan Semporna.

“Sasaran kami ialah menyiapkan fasa ini pada penghujung tahun. Projek ini sangat dihargai rakyat.”

Sebuah pasar umum baharu bernilai RM8 juta untuk menggantikan pasar lama sedang dibina. Ia dijangka siap hujung tahun ini atau awal 2019.

Ramlee berkata beliau membantu meningkatkan keterhubungan di Semporna dengan menaiktaraf prasarana internet. “Baru-baru ini kami melancarkan naiktaraf kemudahan internet Unifi Telekom Malaysia bernilai RM19 juta,” katanya.

Kawasan itu juga akan mempunyai sebuah masjid daerah yang mampu memuatkan 1,700 orang. Pembinaan dijangka bermula dalam masa sebulan dua lagi.

“Fasa pertama masjid melibatkan peruntukan RM9 juta manakala fasa seterusnya memerlukan RM3 juta atau RM4 juta untuk membina tempat letak kereta dan bahagina-bahagian berkaitan.

“Phase one of the mosque involves an allocation of RM9 million while the next phase will need a budget of RM3 or RM4 million to build the parking lot and related sections.”

Bugaya, di mana 95% penduduknya etnik Bumiputera beragama Islam, kini mempunyai akademi Islam baharu/

Menurut Ramlee, Akademi Pengajian Al-Quran Semporna, yang pertama seumpamanya di Malaysia, dibuka dengan kerjasama Institut Pengajian Al-Quran di Selangor.

“Akademi ditempatkan di bekas bangunan Yayasan Sabah…terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman,” katanya.

Baru-baru ini, Adun Senallang Nasir Sakaran merasmikan surau akademi itu yang dibina hasil sumbangan RM300,000.

Ramlee berkata ramai belia di Semporna berminat mempelajari Al-Quran. “Kumpulan kedua 105 pelajar sudah pun ‘khatam’ Al-Quran. Seorang murid boleh membaca Al-Quran selepas sesi pembelajaran 30 jam dan boleh khatam dalam 3 bulan.”

Semporna juga akan memiliki sebuah pusat pelancongan antarabangsa yang memerlukan pelaburan lebih RM200 juta.

“Ia mempunyai 6 komponen iaitu sebuah hotel 4 bintang, 1 taman laut, 1 tapak regatta, 1 hab makanan laut, pusat konvensyen mini dan pusat produk pelancongan Bumiputera.

“Kami akan menandatangani MoU dengan Safma (Sabah Fish Marketing Sdn Bhd) untuk menggunakan 5 ekar tanah mereka untuk membina pusat pelancongan. Dengan cara ini, kami memberi peluang kepada Bumiputera menjadi usahawan.”

Pulau Bum Bum dirancang untuk menjadi daerah kecil dan kerajaan negeri bersetuju dengan rancangan untuk meningkatkan lagi pelancongan di daerah ini.

“Apa yang perlu sekarang ialah sokongan kerajaan dan Pulau Bum Bum dan Semporna akan saling melengkapi dengan banyak potensi pembangunan di pulau itu.

“Saya juga ingin memperkenalkan semulaidea membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Bum Bum ke tanah besar. Sudah masanya Semporna mempunyai lembaga pelancongan dan lapangan terbang tersendiri, yang akan menjadi pintu gerbang menyambut 3,000 pelancong sehari,” kata Ramlee.

Keselamatan juga sangat ditekankan di Semporna, yang menyaksikan pencerobohan militan bersenjata dari Sulu, Filipina pada 2013.

“Terima kasih kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, kira-kira 3,000-4,000 pelawat sehari, terutama dari China, sekarang melawat Semporna,” kata Ramlee, dan menambah ini membuktikan daerah ini selamat.

Comments