PERUNTUKAN RM2JUTA NAIKTARAF PADANG PEKAN SEMPORNA


Satu lagi khabar gembira untuk penduduk dan peminat sukan di daerah Semporna.

Saya mewakili kerajaan negeri dengan sukacitanya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2juta untuk menaik taraf padang pekan semporna. 

Pengumuman ini telah saya lakukan pada majlis penutupan bolasepak 9 sebelah dan acara tarik tali anjuran Telekom Malaysia.

Lebih menarik lagi dalam pengumuman ini, saya telah menyatakan kesediaan akan penaiktarafan padang ini meliputi 2 komponen yang penting ;

Pertama padang bola sepak sintetik yang terkini 

Kedua sebuah lagi padang tahan lasak untuk pelbagai aktiviti masyarakat seperti majlis dll.

Aspek naiktaraf lain yang bakal mengalami perubahan besar juga meliputi tandas awam, kemudahan tempat duduk, pagas dan pentas utama padang pekan semporna.

Inilah tugas sebuah kerajaan yang amat memahami keperluan anak muda dan masyarakat dalam mengutamakan aktiviti riadah sihat . 

Naiktaraf padang ini juga diharap dapat melahirkan lagi lebih ramai atlet sukan di kalangan anak muda daerah semporna yang diharap boleh mengharumkan nama di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kerajaan BN di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah senantiasa mengutamakan kehendak rakyat dalam pelbagai peringkat dan golongan.



Comments