PERTEMUAN MESRA BERSAMA 57 KETUA KELUARGA MEWAKILI SEBAHAGIAN BESAR SUKU KAUM BAJAU


Alhamdulillah satu pertemuan cukup bermakna dalam usaha kita memperkukuh dan mengeratkan lagi tali  siratulrahim di kalangan penduduk di Semporna.

Semalam saya telah melakukan kunjungan hormat untuk bertemu dengan 57 ketua-ketua keluarga yang mewakili sebahagian besar suku kaum bajau di Semporna.

Pertemuan yang cukup bermakna ini selain memperkukuhkan tali persaudaraan , ia juga merupakan siri rantaian jalinan dalam hal menyampaikan maksud dan hasrat berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat yang penting dan berpengaruh lantas memperjelaskan banyak isu semasa yang punyai kaitan rapat dengan mereka.

Penerimaan  dan sambutan luar biasa daripada ketua-ketua yang mewakili sebahagian besar keluarga suku kaum bajau membuktikan kaedah dan cara kita tetap terus diterima dengan baik oleh mereka.

Politik kita melangkaui isu remeh dan bermusim, sebaliknya kerja kuat dan tiada lelah dari kerajaan negeri dan persekutuan dalam memajukan masyarakat terutamanya di Semporna lebih kita utamakan.

Alhamdulillah mereka ini telah sedia berikrar dan menyatakan iltizam serta sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah serta BN sebagai sebuah wadah perjuangan yang cukup konsisten membela nasib rakyat terutamanya di Semporna.

Comments