PERKHIDMATAN UNIFI KINI DI SEMPORNA


Satu lagi usaha gigih kita dalam membawa pelbagai kemudahan internet jalur lebar dan berkelajuan tinggi khas untuk penduduk di Semporna.

Perasmian perkhidmatan UNIFI yang di bawa khas oleh syarikat Telekom merupakan satu lagi  kemajuan pekhidmatan internet berkelajuan tinggi bakal dinikmati oleh daerah Semporna juga merupakan anjakan untuk pembangunan internet secara keseluruhannya.

Usaha membawa perkhidmatan ini amat penting dan tepat pada masanya dalam usaha kita memacu pembangunan ekonomi dan sosial secara holistik di Semporna.

Tempias dalam kemajuan industri pelancongan bakal dilipat kaliganda kan dengan adanya kemudahan internet jalur lebar yang disediakan oleh syarikat Telekom ini.

Pihak lain yang mendapat laba daripada usaha ini juga terdiri daripada kelompok IKS ( industri kecil dan sederhana ) dan juga masyarakat.

Seharusnya peluang ini diambil berat signifikannya terutamanya kepada yang menjalankan perniagaan online di samping promosi berkaitan sektor pelancongan makin mudah disebarkan.

Rakyat harus terus bersama kerajaan negeri dalam usaha gigih kita untuk terus membangunkan kepelbagaian kemudahan yang jelas fokusnya diutamakan kepada penduduk di Semporna.

Comments