MERASMIKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ( Pi1M) DI SEMPORNA


Alhamdulillah pada 18 februari 2018 saya telah berkesempatan untuk hadir di majlis perasmian Pusat Internet 1Malaysia ( Pi1M ) di Semporna.

Dalam usaha kerajaan memaju dan menaiktaraf pelbagai kemudahan insfrastruktur untuk mempertingkatkan ekonomi domestik  di Semporna , kewujudan Pi1M ini bakal memberi manafaat  untuk rakyat di Semporna .

Pi1M ini mampu memberikan lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk berani menceburkan diri dalam perniagaan online di mana segala keperluan pemasaran bakal terbuka luas dengan kemudahan internet yang kita telah berikan.

Bukan sekadar itu, anak-anak dan pelajar juga boleh mengoptimakan peluang dan mempertingkat skil IT mereka selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Pi1M yang dilancarkan ini juga menyediakan kemudahan printing dan salinan .




Comments