MERASMIKAN MINI EXPO USAHAWAN ASPIRASI SABAH & TN50


Alhamdulillah pada malam 17 februari 2018 bertempat di Padang Bandar Semporna saya telah merasmikan Expo Usahawan Apirasi Sabah dan TN50.

Expo ini bermatlamat untuk memacu perniagaan yang dijalankan oleh peniaga-peniaga dari Semporna khususnya Bumiputra yang terlibat dalam perniagaan peruncitan dan perkhidmatan ( produk dan sevis ).

Memandangkan Semporna merupakan salah satu destinasi tarikan kepada pelancongan domestik dan antarabangsa , maka kadar jualan ( volume ) yang meningkat disebabkan kehadiran pelancong ini seharusnyalah di optimakan peluangnya oleh peniaga tempatan menjual produk dari Semporna.

Seharusnya usaha berterusan kerajaan BN Sabah dalam memaju dan menaik taraf pelbagai aspek prasarana dijadikan peluang oleh peniaga untuk merebut dan menjual produk di pasaran yang lebih meluas lagi.

Hampir 60% peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di Semporna ini merupakan anak tempatan ia merupakan pemain utama ekonomi dalam menjana pendapatan dalaman di Semporna. Expo ini adalah anjuran Persatuan Usahawan Aspirasi Sabah Semporna

Comments