MENJAYAKAN PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PATRIOTIK DI SEMPORNA.


Alhamdulillah pada hari ini saya telah berkesempatan menghadiri  program penting melibatkan gerak kerja parti dan bersama rakyat di Semporna.

Pada pagi ini saya telah menghadiri program Kayuhan Basikal Patriot dan Jalinan Siratulrahim anjuran BTN dan Umno Bahagian Semporna. 

Program yang melibatkan rakyat ini mendapat sambutan hampir 400 peserta yang rata-ratanya datang dari sini.

Matlamat program ini tiada lain mengkhususkan kepada meningkatkan jalinan perpaduan dan kesatuan antara masyarakat di Semporna. Ia juga membawa mesej untuk membawa dan menarik pelancong datang ke Semporna .

Ekonomi dalam sektor pelancongan  merupakan antara intipati perjuangan saya untuk memajukan lagi kemudahan prasarana yang pelbagai demi kepentingan penduduk di Semporna. Turut hadir menyerikan majlis ini adalah Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia, Datuk Ibrahim Saad, Pegawai Daerah Semporna, Ybhg Dr. Chacho Bulah, Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna, Encik Ahmad Marzuki Dato' Sri Nasir dan AJK-AJK UMNO Bahagian Semporna.

Comments