MELAWAT PDM SUNGAI TOHOK


Alhamdulillah pada hari ini saya berkesempatan untuk melakukan lawatan ke PDM Sungai Tohok di bawah Parlimen Semporna.

Tinjauan mesra ini dilakukan untuk memperkukuh dan  merapatkan lagi saf perjuangan dalam kita menuju PRU ke 14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Semangat jentera parti di PDM Sungai Tohok ini sudah berada di dalam siapsiaga dan bersedia bekerja keras untuk memenangkan parti BN pada PRU 14 kelak.

PDM ini mempunyai hampir 2000 pengundi berdaftar dan gerak kerja jentera BN di kawasan ini senantiasa aktif dalam menyampaikan pelbagai dasar dan informasi terkini mengenai kerajaan di bawah pimpinan BN.

Karnival sukan tempatan juga telah diadakan sempena lawatan saya ke PDM Sungai Tohok ini.

Comments