MELAWAT PDM KAMPUNG AIR SEMPORNA




Alhamdulillah pada petang jumaat 23 februari 2018 saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan seluruh AJK PDM Kampung Air di Semporna.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi semangat seluruh ahli Umno dalam kita menuju PRU ke 14 kelak. Sambutan kehadiran daripada penduduk setempat amatlah baik sehingga balairaya penuh sesak dengan kehadiran mereka.

Ini bukti jelas perjuangan BN dan Umno di Semporna khususnya tetap terus disokong oleh rakyat. 

Pada pertemuan ini saya menekankan akan perlunya proses kesinambungan Umno untuk terus memimpin rakyat di Semporna.  Saya juga telah menjelaskan satu program pembangunan secara holistik untuk Semporna.

Turut hadir menyerikan program ini adalah Dato Sohaimi Shahadan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Comments