MAJLIS MELETAK TANDA NAMA DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2018 SK. KABOGAN, SEMPORNA



Alhamdulillah  pada pagi jumaat penuh berkat ini saya telah sudi menghadiri majlis meletak tanda nama ( signboard baru ) dan memberi bantuan awal persekolahan untuk murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kabogan Semporna.

Majlis yang berlangsung di  Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kabogan Semporna juga telah dihadiri oleh ibu bapa / penjaga murid-murid berserta guru yang terlibat.

Majlis sumbangan bantuan awal persekolahan yang di inisiatif oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban ibubapa sewaktu melakukan persediaan awal persekolahan anak-anak.

Saya juga telah menyumbang kos untuk pemasangan tanda baru ( signboard ) untuk sekolah ini berserta baik pulih pra sekolah yang hampir menelan belanja RM20 ribu.

Saya mendoakan agar anak-anak ini sukses dalam pembelajaran dan seterusnya pada satu hari nanti boleh berbakti kepada agama bangsa dan negara.

Comments