HAMPIR 10 RIBU PENDUDUK HADIR DI PROGRAM CTC SEMPORNA


Sambutan yang di luar jangkaan. Dilaporkan hampir 10 ribu penduduk di sekitar Semporna telah menghadiri satu program bernama Mobile Community Tranformastion Center ( CTC ) yang diadakan pada hari ini di Padang Bandaran Semporna.

Program Mobile CTC ini merupakan inisiatif saya mewakili Kerajaan Negeri dan juga selaku Adun Bugaya Semporna yang mahukan satu konsep kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti penduduk dalam memudahkan urusan mereka.

Program ini diterajui oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS ) dan melibatkan 43 agensi kerajaan.

Konsep ini diilhamkan hasil dari usaha Perdana Menteri dalam usaha mentransformasikan negara. 

Kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS ) dalam program ini secara totalnya pembuktian  jalinan kerjasama erat yang berterusan  di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri .

Melalui program besar dan cukup bermanafaat kepada rakyat ini, hubungan antara agensi kerajaan dan rakyat dapat terus dipermudahkan melalui Mobile CTC di mana selain servis perkhidmatan dapat dilakukan, penduduk juga mendapat input  dan informasi terkini mengenai perkhidmatan kesemua agensi kerajaan yang terlibat.

Inisiatif Mobile CTC ini dapatlah sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat yang memerlukan.





Comments