TANJUNG ARU ECO DEVELOPMENT PROJECT ( TAED )




Tanjung Aru Eco Development Project ( TAED ) merupakan visi terbaru gabungan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan projek pembangunan yang mapan dan mesra alam . Projek pembangunan ini dimiliki 100 % sepenuhnya oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd.

Projek pembangunan yang bakal dilaksanakan ini akan merangkumi kombinasi kesejahteraan yang seimbang di antara alam sekitar, sosial dan ekonomi.

Kerajaan Negeri Sabah meletakkan misi dan visi utama iaitu pemuliharaan dan kemajuan isu alam sekitar, memulih semula Taman Prince Philip dan Pantai Tanjung Aru yang sedikit tercemar lantas anjakan projek ini bakal meledakkan sumber ekonomi untuk Kerajaan Negeri Sabah dan juga memberi peluang pekerjaan kepada rakyat .

Projek pembangunan TAED ini dijangka memberi pulangan pelaboran awal yang berjumlah RM30 billion melalui penjualan minima 30% tanah untuk merancakkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

kerajaan Pusat melalui Perdana Perdana Mneteri telah bersetuju memberikan geran sebanyak RM500 juta untuk projek ini.

Pulangan besar hasil daripada projek ini rakyat di sabah khasnya akan menikmati laluan kenderaan dan pejalan kaki , keluasan pantai yang besar juga kebersihan , Taman Prince Philip yang bersaiz dua kali ganda besar selepas asalnya dan mirip kepada tema Hutan Simpan.


Projek ini juga bakal memperuntukkan sejumlah 5 ekar tanah untuk pembangunan apartmen untuk rakyat Sabah.

Comments