SAMBUTAN LUAR BIASA DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA KAMPUNG/PENGERUSI JKKK/KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO


Sambutan luarbiasa telah diberikan  di dalam majlis perjumpaan khas ketua kampung , pengerusi JKKK dan ketua cawangan Umno di bahagian Semporna.

Majlis ini telah berlangsung pada 6 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di  Dewan Terbuka Bugaya, Semporna.

Majlis ini telah berjaya menghimpunkan seramai Ketua-Ketua Kampung seramai 310 orang, Pengerusi-Pengerusi JKKK 220 dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO seramai 503 dalam Parlimen P.189 Semporna

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS KETUA-KETUA KAMPUNG/PENGERUSI JKKK/KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO anjuran Biro Penerangan UMNO P.189 Semporna dengan kerjasama UPPM N.54 Bugaya, UPPM N.52 Sulabayan dan UPPM N.53 Senallang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ramlee Marahaban, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah,Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd, Timbalan Ketua Biro Penerangan UMNO Negeri Sabah,Ketua Penerangan UMNO Semporna dan menjalankan tugas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna. 







Comments