MENGHADIRI 2 PROGRAM SERENTAK DI AKADEMI PENGAJIAN AL QURAN SEMPORNA ( APAQS )


Alhamdulillah. Pada hari ini  28 JANUARI 2018 (AHAD) kita telah berjaya menganjurkan 2 program secara serentak . 2 Program tersebut adalah Majli Khatam Al Quran Perdana 2018 Akademi Pengajian Al Quran Semporna ( APAQS ) dan juga merasmikan surau milik APAQS di Semporna.

Majlis ini telah melibatkan pelbagai kelompok dan golongan masyarakat. Sambutan yang cukup baik dari penduduk terutamanya ibubapa memberikan kami lebih semangat untuk memperkasakan lagi syiar Islam lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda di daerah Semporna.

Pada majlis khatam Al Quran ini ia telah disempurna dan dihadiri oleh  YB. Dato' Sri Nasir Tun Dr. Sakaran, Pengerusi SEDCO Negeri Sabah, Pemangku Ketua UMNO Bahagian P.189 Semporna merangkap ADUN N.53 Senallang bertempat di Dewan Terbuka Bugaya.

Untuk program khatam Al Quran ini sSeramai 105 orang pelajar APAQS telah berjaya khatam Al-Quran .

 Turut hadir YB. Datuk Ramlee Marahaban selaku Pemegang Amanah APAQS, Ybhg. Datuk Dr. Zulkifli Hj. Mohd. Yussof, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPAQS, Ybhg. Dato' Abibullah Samsuddin, Ketua Pengarah Wawasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Ybhg. Dato' Hj. Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Mufti Sabah,Tuan Dr. Hj. Chacho Hj. Bulah, Pegawai Daerah Semporna, Ybhg. Datuk Harman Mohammad, PPM N.52 Sulabayan, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Semporna.

Manakala untuk majlis perasmian surau APAQS , ia juga telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Nasir Tun Dr. Sakaran, Pengerusi SEDCO Negeri Sabah, Pemangku Ketua UMNO Bahagian P.189 Semporna merangkap ADUN N.53 Senallang bertempat di Pusat Akademi Pengajian Al-Quran Semporna, Kampung Seri Melor. Turut hadir YB. Datuk Ramlee Marahaban selaku Pemegang Amanah APAQS, Ybhg. Datuk Dr. Zulkifli Hj. Mohd. Yussof, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPAQS, Ybhg. Dato' Abibullah Samsuddin, Ketua Pengarah Wawasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Ybhg. Dato' Hj. Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Mufti Sabah, Tuan Dr. Hj. Chacho Hj. Bulah dan Ketua-Ketua Anak Negeri DUN N.54 Bugaya.

Comments