MAJLIS PENYERAHAN TAPAK UNTUK PEMBINAAN PASAR AWAM SEJAHTERA BANDAR SEMPORNA


Satu lagi kemudahan infrastruktur yang mampu memberi pulangan ekonomi kepada penduduk di Semporna. Itulah antara rangkuman kata-kata yang terungkap tatkala satu lagi projek ekonomi untuk penduduk Semporna telah kita lakukan pada jumaat 19 januari 2018.


MAJLIS PENYERAHAN TAPAK UNTUK PEMBINAAN PASAR AWAM SEJAHTERA BANDAR SEMPORNA telah selamat saya sempurnakan perasmiannya. Projek Pembinaan Pasar Awam baru di Semporna ini akan dilaksanakan oleh  kontraktor pelaksana Syarikat Akar Bumi Sdn. Bhd.

Pasar Awam Sejahtera Semporna seluas 1.5 ekar ini akan menyediakan 80 buah meja untuk ikan basah, 64 meja sayur/buah-buahan, 20 meja untuk ikan kering/masin dan 7 meja untuk daging/ayam. 


Pasar baharu yang dibina ini juga akan menyediakan 34 buah lot untuk tempat letak kereta. Pembinaan pasar ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan bermula hari ini.


Comments