MAJLIS PANGENTOMAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG


MAJLIS PANGENTOMAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG telah dihadiri YB. Datuk Ramlee Marahaban, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd, ADUN N.54 Bugaya, Timbalan Ketua Biro Penerangan UMNO Sabah, Ketua Penerangan UMNO Semporna dan Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna.

Majlis yang julung kali  diadakan ini adalah bertujuan  memberikan penghargaan Ketua-Ketua Anak Negeri,Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK DUN Bugaya yang telah kembali ke rahmatullah sepanjang tempoh 2013 dan terkini manakala Sijil Penghargaan dan insentif telah disampaikan kepada waris masing-masing.

Dalam ucapan , antara intipati penting yang saya telah utarakan kepada seluruh hadirin :

1) Peri pentingnya kita di dalam Umno Semporna dan rakyat bersatu setelah bekas pemimpin meninggalkan parti lantas menyerang parti yang pernah memberikannya jasa. Tindakan bekas pemimpin yang menubuhkan parti barunya adalah tiada lain hanya mahu memecahkan belahkan kesatuan jitu ahli Umno di Semporna yang telah kita bina kukuh selama ini.

2) Kita harus move forward dalam politik. Politik matang dan kesetiaan dalam kalangan ahli parti amat penting untuk kita menempuh cabaran apatahlagi menuju kepada PRU 14 kelak.

3) Konsep wala kepada Presiden Parti dan institusi harus kita kekalkan kerana konsep inilah yang menjadikan kita terus berjaya memimpin negara. Parti ini telah membuktikan signifikan dan keberkesanannya dalam menerajui dan memperjuangkan hak Islam, Bangsa dan Negara. Kemampuan kita bersatu padu dengan pelbagai bangsa membuktikan kita adalah parti bertoleransi dan sepakat dalam membangunkan negara.

4) Pencapaian dan kejayaan konsisten Ketua Menteri Sabah dalam menerajui negeri sudah terbukti dengan pelbagai pengiktirafan . Antaranya kejayaan mengekalkan belanjawan surplus selama 16 tahun berturut-turut dan mendapat pujian bertaraf BAIK daripada Jabatan Audit Negara.

5) Pembangunan di Semporna yang telah dan sedang kita lakukan. Antaranya Penduduk Semporna telah diberikan hampir 15000 ribu ekar lot tanah anak negeri, Kompleks sukan Semporna, Pembinaan Pasar Awam , Pembinaan Masjid daerah yang bernilai RM12juta, Penubuhan  Akademi Pengajian Al Quran Semporna ( APAQS ), pembangunan pelancongan Semporna bernilai RM200juta dan menaiktaraf Pulau Bum-Bum sebagai sub-district dan RTC.

 Turut hadir Ybhg. Datuk Hj. Harman Mohammad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.52 Sulabayan, Pegawai Daerah Semporna, Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Ketua-Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Cawangan DUN Bugaya, Zon Bandar A Senallang dan Sulabayan.

Tarikh : 23 Disember 2017 (Sabtu)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Seafest Ballroom Hotel Semporna







Comments