Ribut politik melanda Parlimen Semporna.


Susulan lawatan saya ke Majlis Tautan Kasih di Semporna 2 hari lalu. Ia telah mewujudkan suasana tidak tenteram dan ribut politik di kalangan segelintir penyokong pembangkang  Parti Warisan di Semporna.

 ( Rujuk link di bawah )


Mereka seperti biasa telah memusingkan hakikat dan kebenaran fakta tentang kembalinya ahli Parti Warisan ke dalam Umno semula. Namun penafian segelintir mereka ini telah dipatahkan hujahnya oleh wakil penduduk yang ada di dalam program kembalinya mereka semula menyertai Umno.

( Rujuk link di bawah )

Di dalam program itu juga hampir 29 cawangan Parti Warisan telah dibubarkan dan bertaut  semula kepada parti keramat Umno di Semporna tanpa syarat.

Program yang telah menarik hampir 1000 penduduk tempatan ini juga telah mencatatkan sejarah apabila ketua kampung bangau-bangau laistil bin sarakil juga telah kembali menyertai Umno bersama dengan ahli Parti Warisan.

Penafian daripada segelintir penyokong Parti Warisan yang tular disebarkan di dalam video ( hanya beberapa puluh orang sahaja ) tidak dapat menafikan hakikat impak  Majlis Tautan Kasih yang telah menyaksikan kehadiran hampir seribu lebih penduduk tempatan.

Kita tetap akan terus berusaha gigih untuk  mengekalkan Parlimen Semporna milik BN dan usaha pembangunan dan sosial ekonomi akan terus menjadi perhatian utama kita dalam memajukan Semporna.

#Biargambarberbicara

( Foto-foto sokongan rakyat di Majlis Tautan Kasih anjuran Umno di Semporna)









Comments