Program Tautan Kasih meraikan kemasukan semula penyokong Parti Warisan ke dalam Umno


Alhamdulillah pada 11 November 2017 saya telah menghadiri satu majlis yang amat penting di Semporna di mana saya telah meraikan semula kemasukan ketua-ketua cawangan dan hali-ahli Parti Warisan di Semporna.

Program yang dinamakan Tautan Kasih ini diadakan di perkarangan rumah encik bibi salangani ,kampung bangau-bangau di Semporna.

Turut hadir di dalam majlis ini adalah Turut hadir Ybhg Datuk Harman Mohammad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.52 Sulabayan, Encik Mohd. Salleh Hj. Lakani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.53 Senallang, Encik Abdul Suhud Hj. Jaani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.54 Bugaya, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO, Pergerakan Wanita UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO Semporna.

Saya menggesa kesemua ahli parti di sebelah sana untuk bersama Umno kembali bagi mengukuhkan usaha kita merintis pembangunan , pendidikan dan sosial ekonomi yang lebih baik untuk masyarakat di Semporna.

Umno punyai hala tuju yang jelas untuk membangunkan terus Sabah secara amnya dan Semporna secara khususnya. Sokongan rakyat di Semporna terhadap Umno amatlah penting dalam kita menjayakan beberapa lagi usaha pembangunan ekonomi dan pendidikan untuk rakyat di Semporna.



Comments