Majlis Penerangan Isu-isu semasa bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Semporna


Alhamdulillah pada pagi ini saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Ketua-Ketua Cawangan UMNO di Bahagian Semporna di dalam program Majlis Penerangan Isu-isu semasa.

Program ini telah berlangsung di  Dewan Majlis Daerah Semporna.

Program penerangan ini dijalankan atas kapasiti saya selaku Ketua Penerangan Umno Sabah, ADUN N54 Bugaya serta menjalankan tugas selaku Timbalan Ketua Bahagian Umno Semporna.

Pada Program Penerangan Isu-isu semasa ini kita menjelaskan situasi terkini akan perihal pembangunan yang telah dan sedang dijalankan di Sabah umumnya dan di Semporna khasnya. 

Selain memberi penerangan isu pembangunan , kita juga telah memberikan penerangan jelas mengenai isu politik semasa yang berlaku .

Penjelasan secara langsung isu-isu semasa kepada Ketua-Ketua cawangan ini amatlah penting dalam kita bersiap siaga untuk menghadapi PRU ke 14 tidak lama lagi.

Program sebegini membolehkan penyampaian maklumat yang benar dan tepat dapat disampaikan terus ke akar umbi cawangan.


Comments