Bersama Ibubapa dan Penjaga di Majlis Konvokesyen Taska dan Tabika anak-anak di Semporna


Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk bersama dengan Ibubapa dan Penjaga kanak-kanak Taska dan Tabika di Semporna di dalam majlis meraikan konvokesyen anak-anak bertuah ini.

Program pendidikan awal seperti ini amatlah penting dalam memberikan pendedahan dan pengalaman kepada anak-anak ini untuk belajar asas pendidikan.

Di dalam pendidikan awal ini juga, anak-anak bertuah ini dapatlah kira merasai pengalaman  sebelum menempuh persekolahan di  peringkat rendah.

Pertemuan dengan ibubapa dan penjaga anak-anak ini juga telah memberikan kita peluang berbicara dan bertukar pandangan . 

Jutaan ucapan tahniah dan terima kasih saya juga kepada para pendidik di Taska dan Tadika yang terlibat. Doa saya kepada anak-anak bertuah ini tiada lain hanyalah supaya mereka ini akhirnya pada suatu hari nanti akan memberikan sumbangan kepada agama bangsa dan negara.

Tahniah kepada semua.
Tahniah kepada anak-anak bertuah ini juga.


Comments