Bersama anak muda dan masyarakat di Semporna sempena Pertandingan Bolakeranjang


Pada 29 November 2017 (Rabu) bertempat di Kampung Seri Jaya Semporna, saya telah sempat meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan akhir bolakeranjang .

Perlawanan bolakeranjang anjuran PDM zon simunul ini terletak di bawah Dun N54 Bugaya.

Pertandingan ini antara salah satu aktiviti kemasyarakatan dan riadah yang selalu kita anjurkan untuk mewujudkan semangat kesatuan di antara penduduk di dalam daerah Semporna.

Kehadiran masyarakat yang penuh sesak menyaksikan perlawanan ini adalah sangat mengujakan. Tahniah kepada pasukan yang menang dan pasukan lain yang menyertai pertandingan ini.

Antara yang turut hadir di dalam majlis ini adalah saya YB. Datuk Ramlee Marahaban, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd merangkap ADUN N.54 Bugaya , Ybhg. Datuk Hj. Harman Mohammad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.52 Sulabayan, Ybhg. Tuan Dr. Chacho Bulah, Pegawai Daerah Semporna, Encik Marasun Hashim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Semporna, AJK-AJK UMNO Bahagian Semporna, Pergerakan Puteri UMNO Semporna, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK Mukim Simunul. 










Comments