Program PANTAS berjaya menyelesaikan masalah tanah di Semporna



Program PANTAS yang dijalankan oleh kerajaan negeri Sabah dalam usaha untuk menyelesaikan isu hak pemilikan penduduk telah  berjaya dijalankan di hampir keseluruhan daerah di negeri ini.

Program PANTAS atau nama penuhnya Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah ini bermula pada 2013 hinggalah ke hari ini.

Usaha yang melibatkan penduduk asal di kesemua daerah di negeri sabah ini telah berjaya mengukur sehingga 18,796 hektar tanah di 100 buah kampung di sabah.

Daripada jumlah ini sebanyak 13,836 geran tanah berjaya diukur lantas pemberian lot juga diberikan kepada pemilik asal tanah tersebut.

Semalam saya, Datuk Ramlee Marahaban selaku Adun N54 Bugaya di bawah Parlimen Semporna  bersama dengan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Tanah dan Ukur Sabah ( JTU ) telah mengadakan program PANTAS di Kampung Sungai Tuhok dalam daerah Semporna.

Di bawah program PANTAS di Semporna, 220 lot tanah antara yang telah diukur dengan 190 lot telah siap manakala baki 30 lot lagi dijangka selesai sebelum 15 november ini.

Di dalam program  Semporna semalam, saya bersama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) telah melaksanakan PANTAS yang melibatkan 343 hektar tanah dengan anggaran 170 lot untuk diberikan kepada pemilik tanah asal.

Di samping usaha kita dalam mentransformasikan semula daerah Semporna dengan pelbagai cadangan projek ekonomi dan sosial, isu pemilikan tanah asal penduduk yang selama ini membelenggu telah akhirnya kita berjaya selesaikan.

#sempornabaru





Comments