MOU menjadikan Semporna Pusat Pelancongan terbaru , limpahan ekonomi untuk rakyat



Penduduk di Semporna bakal mendapat limpahan ekonomi terbaru dalam industri pelancongan apabila kita  pada hari ini telah menandatangani MOU iaitu Cadangan Pembinaan Pusat Pelancongan di daerah ini.

Majlis menandatangani (MOU) Cadangan Pembinaan Pusat Pelancongan Di Semporna telah dimeterai oleh Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd dan Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd (SAFMA).

Majlis ini telah berlangsung pada 24 Oktober 2017 (Selasa) di Dewan Majlis Daerah Semporna.

Saya YB. Datuk Ramlee Marahaban, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N.54 Bugaya  dan selaku Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd bersama dengan Ybhg. Datuk Ujang Sulani selaku Pengerusi SAFMA Sabah Sdn. Bhd telah memeterai perjanjian join venture Pembinaan Pusat Pelancongan Semporna ini dihadapan Pegawai Daerah Semporna, Tuan Dr. Chacho Bulah.

Kerajaan negeri terus gigih dalam mentranformasikan daerah Semporna dan menjadi sebuah pusat pelancongan terbaru dan bakal menarik kehadiran ribuan pelancong dalam dan luar negara.

Usaha pembangunan ekonomi setempat ini tiada lain hanya mahu memberikan peluang limpahan ekonomi kepada rakyat setempat, khususnya di Semporna.

#tranformasisemporna
#sempornabaru

Comments