Foto Majlis Khatam Al-Quran Perdana Akademi Pengajian Al-Quran Semporna ( APAQS)


Alhamdulillah pada hari ini sabtu ( 28 oktober 2017 bersamaan dengan 9 safar 1439H ) buat pertama kalinya kami telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran Perdana di Semporna.

Majlis Khatam Al Quran Perdana ini diadakan di Akademi Al Quran Semporna ( APAQS ) telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Jamil Khir Hj Baharom , Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program ini adalah hasil cetusan ide saya YB Datuk haji Ramlee Marahaban, selaku Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Pengerusi Warisan Harta Sabah dan merangkap ADUN N54 Bugaya di dalam Parlimen Semporna.

Dalam usaha kita untuk melahirkan hafiz dan hafizah dari kariah anak tempatan di Semporna, majlis ini telah berjaya melahirkan 110 pelajar untuk khatam Al Quran .

Akedemi Pengajian Al Quran Semporna ( APAQS ) yang diilhamkan oleh saya ini mempunyai 10 orang tenaga pengajar dan inshaallah kita akan terus berusaha keras untuk mewujudkan suasana pembelajaran kondusif dan komprehensif dalam melahirkan pelajar hafiz dan hafizah dalam kariah di Semporna .

Ucapan jutaa terima kasih kami kepada semua yang telah menjayakan majlis yang amat penting ini .



Comments